NBE menjawab Style2Burn

NBE adalah salah seorang rapper Melayu yang paling berkaliber di Malaysia (fakta). NBE telah dilantik oleh PWC/40K untuk menjadi tukang kata bagi aktiviti Style2Burn #10. So aku pun mengambil inisiatif untuk menemuramah beliau. Tak banyak Q pun, 3 je.

1. Dalam banyak2 wording, kenapa BAKAT yang dipilih oleh encik NBE ?
Sebab saya rasa saya memang ada bakat. muahaha. saya juga berharap dapat bukak company yang diberi nama bakat. so saya boleh gunakanlah apa yg disketch oleh graff writer ni sebagai logo company saya. sambil menyelam minum air. sebelum minum baca bismillah.

BAKAT by RASH

2. LOL! Apakah yang encik NBE rasakan tentang aktiviti Style2Burn ni ? Apakah ia merapatkan lagi jurang antara graff writer dengan rapper?
Ye. agak merapatkan. kiranya style2burn ni dah macam kacip fatimah dah. ye lah kan, kalau kita tgk, the whole scene memang mcm agak rapuh. scene kecik pun kita nak beefing sana beefing sini. Takde ah beef sgt cuma takde perasaan rapat. Patutnya kita satu scene ni kena ah together gether utk membesarkan lagi scene kita. bila lagi ramai org buat benda ni kan best. bila awek semakin ramai minat hiphop senang ah sikit encik *** dan *** *** mencari jodoh. tak gitu?

3.Heheh, banyak lah encik NBE punya pencarian jodoh. Ok bro, shouts dan pesanan untuk writer/rapper/komuniti di luar sana ?
Shout out saya kepada semua writer, kalau korang bomb, bomb lah SSK kat wall2 dipelusuk negara ini dan tagged lah kami didalamnya. baru ah gempak.haha. kepada writers semua, teruskan menulis, menulis, menulis dan menulis. jgn bagi alasan apa2. semua orang penat,semua org ada benda nak buat tapi kalau nak majukan diri kenalah berusaha. usaha bukan macam bil letrik, tiap2 bulan datang. hehe

Alright korang semua, kalau rasa-rasanya tak kenal dengan otai rap melayu ni, korang boleh masuk link beliau. Terima kasih Nbe sekali lagi di atas keprihatinan beliau terhadap scene graff kita ni. Ciao~

Lihat sketches BAKAT disini

www.myspace.com/frznbe
www.youtube.com/fariznbe
www.twitter.com/nbexssk
www.myspace.com/sskrewrs
www.twitter.com/sskrew

1 thought on “NBE menjawab Style2Burn

  1. Pingback: STYLE2BURN #10 : BAKAT « 40KGraffZine Official Blog

Leave a comment