Style2Burn #1 : Interview with SAPH of SSK

Kalau kau orang nak tahu, Saph dari Rap group yang bernama SSK adalah wordsmith pertama untuk aktiviti Style2Burn. Sebagai tanda penghormatan untuk beliau, kami pun dengan selamba interview dia. Silakan menyantap bahan bacaan ini..

Hello, ok sebelum apa-apahal, kenalkan diri anda Saph ?
Hi nama aku Saph (bukan nama sebenar). 1/3 daripada SSK dan bernaung di bawah Rogue Squadron.


Sebagai wordsmith pertama untuk Style2Burn, apakah yang anda rasakan?. Apa yang anda nampak setelah 10 series aktiviti ini berjalan ?
Aku rasa benda ni best ah. Selain dari dapat menyatukan para writers dan juga para aktivis hip hop lain. benda ni sihat orang kata. Boleh menjauhkan diri daripada pengaruh dadah. Style2Burn perlu diteruskan lagi dimasa hadapan.

Punyalah banyak wording dalam dunia ni, kenapa kau pilih REAL ?
Aku pilih REAL sebab perkataan tu perkataan terpenting didalam Hip Hop. keep it betul ok


Apa yang kau ingin lihat dalam Style2Burn di masa hadapan?
Kalau boleh dijadikan buku pun best. Kompilasi Style2Burn.


Word! Ok saph interview kita hari ni tak panjang, any shouts ?
Shoutouts to Rogue Squadron, PWC dan semua graff crew kat Malaysia (aku taktau semua nama crew doh, maaf ya)

Its ok bro, takdehal.. Untuk kau orang yang tak pernah kenal siapa Saph SSK ni, boleh la layari laman sesawang beliau di:

roguesquadron.my
reverbnation.com/sskrew
twitter.com/sskrew
youtube.com/sskmusik
youtube.com/saphssk

VIA 40kgz

NBE menjawab Style2Burn

NBE adalah salah seorang rapper Melayu yang paling berkaliber di Malaysia (fakta). NBE telah dilantik oleh PWC/40K untuk menjadi tukang kata bagi aktiviti Style2Burn #10. So aku pun mengambil inisiatif untuk menemuramah beliau. Tak banyak Q pun, 3 je.

1. Dalam banyak2 wording, kenapa BAKAT yang dipilih oleh encik NBE ?
Sebab saya rasa saya memang ada bakat. muahaha. saya juga berharap dapat bukak company yang diberi nama bakat. so saya boleh gunakanlah apa yg disketch oleh graff writer ni sebagai logo company saya. sambil menyelam minum air. sebelum minum baca bismillah.

BAKAT by RASH

2. LOL! Apakah yang encik NBE rasakan tentang aktiviti Style2Burn ni ? Apakah ia merapatkan lagi jurang antara graff writer dengan rapper?
Ye. agak merapatkan. kiranya style2burn ni dah macam kacip fatimah dah. ye lah kan, kalau kita tgk, the whole scene memang mcm agak rapuh. scene kecik pun kita nak beefing sana beefing sini. Takde ah beef sgt cuma takde perasaan rapat. Patutnya kita satu scene ni kena ah together gether utk membesarkan lagi scene kita. bila lagi ramai org buat benda ni kan best. bila awek semakin ramai minat hiphop senang ah sikit encik *** dan *** *** mencari jodoh. tak gitu?

3.Heheh, banyak lah encik NBE punya pencarian jodoh. Ok bro, shouts dan pesanan untuk writer/rapper/komuniti di luar sana ?
Shout out saya kepada semua writer, kalau korang bomb, bomb lah SSK kat wall2 dipelusuk negara ini dan tagged lah kami didalamnya. baru ah gempak.haha. kepada writers semua, teruskan menulis, menulis, menulis dan menulis. jgn bagi alasan apa2. semua orang penat,semua org ada benda nak buat tapi kalau nak majukan diri kenalah berusaha. usaha bukan macam bil letrik, tiap2 bulan datang. hehe

Alright korang semua, kalau rasa-rasanya tak kenal dengan otai rap melayu ni, korang boleh masuk link beliau. Terima kasih Nbe sekali lagi di atas keprihatinan beliau terhadap scene graff kita ni. Ciao~

Lihat sketches BAKAT disini

www.myspace.com/frznbe
www.youtube.com/fariznbe
www.twitter.com/nbexssk
www.myspace.com/sskrewrs
www.twitter.com/sskrew